Maklumat berhubung Asrama 1Malaysia, pengumuman dan juga aktiviti di sini

Tuesday 3 September 2013

Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri Asrama 1Malaysia

Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri Asrama 1Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Ogos 2013 yang lepas. Program yang turut melibatkan ibubapa, murid dan warga asrama ini telah dirasmikan oleh YBhg. En. Abdullah Mad Yunus, Pengarah Pendidikan JPWP KL. Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang ini turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid, nyanyian lagu dan persembahan kumpulan band a1m. Pelbagai menu dan juadah disediakan antaranya lemang dan ayam bakar yang dibuat sendiri oleh murid A1M, mee kari, kuih muih, nasi impit, lontong, cendol dan pelbagai lagi. Terima kasih kepada semua yang hadir.