Maklumat berhubung Asrama 1Malaysia, pengumuman dan juga aktiviti di sini

Pengenalan

Asrama 1 Malaysia (A1M) mula dilaksanakan pada 2010 dengan pendaftaran kohort pertama tingkatan 1 pada 9 Mei 2010seramai 67 orang (Melayu : 32, India : 26, Cina : 9) di premis sementara di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.

(A1M) menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama berdasarkan konsep 1Malaysia. Ciri-ciri A1M merangkumi aspekfizikal, suasana dan aktiviti yang menjurus kepada pemupukan perpaduan dan sensitiviti kepada agama, budaya, adat resam dan
kepercayaan. Melalui A1M murid pelbagai kaum berpeluang untuk tinggal dan belajar bersama dan memahami budaya antara satu sama lain.


Modal Insan yang dihasilkan melalui A1M kelak merupakan murid-murid yang memiliki sikap penerimaan antara kaum terhadap kepelbagaian budaya, adat resam, kepercayaan dan amalan rakyat Malaysia. Penubuhan A1M adalah sebagai menyokong usaha kerajaan dalam membentuk persefahaman dan keharmonian antara kaum ke arah melahirkan rakyat yang patriotik dan saling menghormati, seterusnya membentuk negara yang bersatu padu, aman dan makmur



VISI        Merealisasikan Gagasan 1Malaysia

MISI
·                     Mendidik murid-murid supaya mengetahui, memahami dan mengamalkan nilai-nilai 1Malaysia dengan 
                menggunakan pendekatan proses penerimaan antara kaum.

·                Melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan proses penerimaan antara kaum
·                Merangka dan melaksana program-program yang memaksimakn proses kerjasama antara murid bagi merealisasikan 
            masyarakat 1Malaysia

MATLAMAT
Melatih dan mendidik murid supaya dapat tinggal bersama secara harmoni, memahami budaya dan serasi antara satu sama lain bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia.

OBJEKTIF
·                     Memupuk pemahaman kepada budaya, adat resam dan kepercayaan agama

·                     Mewujudkan suasana kehidupan yang memberi peluang kepada putera untuk tinggal, belajar, beriadah bersama 
                dan memahami budaya antara satu sama lain.

·                     Menerapkan nilai-nilai 1Malaysia dalam diri murid-murid Asrama 1Malaysia

·                     Memastikan murid-murid dapat mengikuti aktiviti/program yang berbentuk integrasi antara kaum

·                     Membantu murid-murid merealisasikan matlamat 1Malaysia

KRITERIA KEMASUKAN
i. Warganegara Malaysia
ii. Terbuka kepada semua kaum
iii. Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Tahun Semasa
iv. Daripada keluarga berpendapatan sederhana
     atau rendah
v. Pelajar tidak terikat dengan mana-mana projek
    lain seperti (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas,     
   atau Kelas Aliran Agama)