Wednesday, 24 July 2013
Tarikh Balik Bercuti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013
Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri dan Cuti Penggal Semester 2, Murid Asrama 1Malaysia dibenarkan untuk balik ke rumah bermula 2 Ogos 2013 selepas sesi persekolahan. Ini berikutan keputusan pihak sekolah yang telah mengambil cuti peristiwa dan cuti ganti pada 5 dan 6 Ogos. Manakala 7 - 10 Ogos adalah cuti Aidilfitri manakala 11 - 18 adalah cuti penggal. Kerjasama semua murid dan ibubapa amat dihargai dalam memastikan semua murid Asrama telah kembali semula ke asrama sebelum jam 6 petang 18 Ogos 2013 serta memakai pakaian yang dibenarkan. Harap Maklum