Maklumat berhubung Asrama 1Malaysia, pengumuman dan juga aktiviti di sini

Wednesday, 30 October 2013

Aktiviti Lepas PMR

Bowling


29 Oktober 2013 - Pelajar-pelajar tingkatan 3 telah mengadakan satu pertandingan bowling di Flamingo Hotel. Seramai 34 Orang putera dan 2 orang guru. Kami menaiki bas ke destinasi tersebut. Setibanya kami di sana, pengurus asrama membayar untuk semua putera asrama lepasan PMR untuk satu permainan. Pemungut bagi markah tertinggi individu akan diberikan hadiah. Hadiah tersebut dimiliki oleh En. Shukri Bin Kamaruddin, Pengurus Asrama, disebabkan tiada siapa yang melebihi markahnya, 146. Setelah tamat  kesemua permainan, kami pulang ke Asrama 1 Malaysia.




Aktiviti Lepas PMR

Lawatan Ke Chocolate Museum


29 Oktober 2013 - Pelajar-pelajar tingkatan 3 telah mengadakan sebuah lawatan ke Chocolate Museum di Kota Damansara. Seramai 34 Orang putera dan 2 orang guru. Kami menaiki bas ke destinasi tersebut. Setibanya kami di sana, kehadiran kami disambut mesra oleh pekerja muzium. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengisi masa lapang pelajar lepasan PMR daripada terbuang dengan sia-sia. Kami diingatkan supaya sentiasa mengikut peratruan dan etika sewaktu berada di dalam muzium. Pekerja tersebut membawa kami ke sekitar muzium dan menerangkan serba sedikit tentang sejarah biji koko sehinggalah menjadi seketul coklat yang lazat. Pekerja tersebut memberikan sedikit penerangan tentang coklat. Kami pasang telinga mendengar cara-cara untuk menghasilkan coklat yang lazat. Selepas itu, kami diberikan sample setelah coklat tersebut telah siap terhasil. Sebelum meninggalkan Chocolate Museum, kami sempat membeli sedikit coklat dengan harga yang berpatutan.